Pegawai Azalina Melaporkan Kepada Polis Terhadap KJ Pada 10 Januari 2025, Datuk Suraya Yaacob, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).
Datuk Seri Azalina Othman Said, telah mengambil langkah tegas dengan membuat laporan polis terhadap Khairy Jamaluddin. Laporan itu di buat di Balai Polis Sentul, berikutan tuduhan yang di buat oleh Khairy dalam podcastnya, “Keluar Sekejap.”
Khairy, bekas Menteri Kesihatan yang kini berperanan sebagai pengulas politik bebas. Telah mendakwa Azalina terlibat dalam satu “komplot” untuk menyembunyikan dokumen penting berkaitan “Titah Adendum.”
Dokumen tersebut di dakwa berkaitan dengan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Yang ketika ini menjalani hukuman penjara.
Tuduhan yang Mencemarkan Reputasi
Menurut Suraya, kenyataan Khairy adalah tidak berasas dan berunsur fitnah. Beliau menegaskan bahawa tuduhan tersebut mencemarkan reputasi Azalina, baik sebagai menteri kabinet mahupun sebagai individu yang memegang tanggungjawab besar dalam pentadbiran undang-undang negara.
Dalam kenyataannya, Suraya berkata istilah “komplot” yang di gunakan Khairy membawa maksud bahawa Azalina terlibat dalam perbuatan tidak beretika, yang sama sekali tidak benar.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, yang berada di bawah bidang kuasa Azalina. Turut mengesahkan bahawa beliau bukan ahli Lembaga Pengampunan dan tidak mempunyai peranan dalam keputusan pentadbiran berkaitan pengampunan mana-mana banduan.
Tambahan pula, dokumen yang di dakwa oleh Khairy sebagai “Titah Adendum” hanya muncul sebagai khabar angin sehingga ia di sahkan oleh Istana Pahang pada 4 Januari 2025.
Tindakan Undang-Undang
Susulan tuduhan itu, Suraya telah meminta pihak polis untuk menyiasat Khairy di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah jenayah. Beliau juga memohon siasatan dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebarkan maklumat palsu melalui platform media sosial.
Langkah ini mencerminkan keseriusan pihak Azalina dalam menangkis tuduhan tidak berasas yang boleh menjejaskan integriti kerajaan.
Reaksi Khairy dan Kontroversi Politik
Dalam episod podcastnya, Khairy menuduh terdapat krisis kepercayaan dalam UMNO dan mendakwa dokumen “Titah Adendum” telah di sembunyikan untuk melindungi individu tertentu. Tuduhan ini mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pemimpin politik dan masyarakat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dan beberapa pemimpin pembangkang lain menuntut penjelasan daripada kerajaan mengenai isu ini. Mereka berpendapat bahawa jika dokumen tersebut benar-benar di sembunyikan, ia akan menjadi pengkhianatan terhadap institusi negara.
Namun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution. Menafikan sebarang kaitan Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Penjara dengan dokumen berkenaan. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, juga menganggap dakwaan Khairy sebagai tidak berasas. Pegawai Azalina Melaporkan Kepada Polis Terhadap KJ
Implikasi dan Harapan
Isu ini mencerminkan ketegangan politik yang berterusan antara bekas pemimpin UMNO dan kerajaan semasa. Ia juga menimbulkan persoalan mengenai ketelusan dalam pengurusan maklumat sensitif, khususnya berkaitan kes-kes berprofil tinggi.
Pihak polis kini dijangka akan menjalankan siasatan terperinci terhadap laporan yang dibuat oleh Suraya. Dalam pada itu, masyarakat menantikan penjelasan rasmi dan tindakan susulan bagi memastikan keadilan di tegakkan serta kebenaran dapat di ketahui.
Melalui langkah undang-undang ini, pihak Azalina berusaha untuk memastikan tiada pihak yang menggunakan tuduhan palsu bagi meraih kepentingan politik atau mencetuskan ketidakpercayaan terhadap kerajaan.
Kejadian ini diharapkan dapat menjadi pengajaran kepada semua pihak agar berhati-hati dalam membuat kenyataan. Terutama sekali apabila ia melibatkan integriti seseorang pemimpin dan pentadbiran negara.